1 Mac 2024, Kuala Lumpur - YB Senator Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah mengadakan lawatan kerja serta menyampaikan amanat kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
YBrs. Puan Salasiah binti Abdul Wahab, Ketua Pengarah PNM telah menyantuni lawatan kerja ini yang bertujuan untuk memberi gambaran yang jelas berkenaan fungsi dan peranan serta perkembangan dan pengoperasian terkini PNM.
Rombongan YB Senator juga turut dibawa melawat Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu untuk melihat pameran bertema mengenai Daftar Warisan Dunia atau UNESCO Memory of the World (MoW) Register, Sesi Demonstrasi Dr. Buku dan Pameran Koleksi Khas/Nadir/Malaysiana.
Turut hadir bersama semasa lawatan kerja ini pegawai daripada Pejabat Timbalan Menteri Perpaduan Negara.