7 Mac 2024, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada Master Shi Chang Jing, Pengerusi Shandong Yi-Jing Study Center, China dan YBhg. Dato’ Goh Hin San, President Persatuan Han Malaysia bagi membincangkan berkenaan Cadangan Penganjuran Persidangan Antarabangsa: Sejarah Kedah Tua Berdasarkan Catatan Yi-Jing. Persidangan ini dijangka akan berlangsung pada 11 hingga 13 Julai 2024.
Persidangan ini akan dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia dan Arkib Negara Malaysia. Turut hadir, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.