24 Mac 2024 - Lebih 600,000 bekas bubur lambuk akan diedarkan di seluruh negara oleh anggota KRT. Selain agihan bubur lambuk, terdapat juga program lain seperti sumbangan Bakul Rahmah, Ziarah Rahmah, dan iftar Ramadan.
Juadah bubur lambuk harus diangkat sebagai simbol perpaduan dan nilai kebersamaan yang dapat dilihat dengan signifikan melalui penggabungan pelbagai ramuan seperti beras, bawang, rempah, daging dan sebagainya yang akhirnya memberikan citarasa yang sedap.
Selain itu, amalan penyediaan bubur lambuk di Malaysia secara “rewang” atau gotong royong dalam komuniti juga merupakan simbol perpaduan yang unik. Konsep penyatuan seperti ini harus juga diterjemahkan dalam kehidupan seharian dalam semua peringkat lapisan masyarakat sekaligus mengangkat agenda “Perpaduan Dalam Kepelbagian”.