5 Mei 2024, Pulau Pinang - Program MADANI Rakyat Zon Utara telah melabuhkan tirainya hari ini. Program yang berlangsung selama 3 hari ini telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi Kerajaan.
YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha KPN telah mengunjungi reruai KPN dan menyantuni para pertugas daripada Jabatan dan Agensi serta beberapa reruai Kementerian lain selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat Zon Utara yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Terima kasih di ucapkan kepada semua jabatan dan agensi yang sama-sama telah memeriahkan reruai KPN dengan pelbagai aktiviti menarik semasa di program ini.
Kepada para pengunjung,kami sangat hargai kehadiran anda ke reruai KPN.. Jumpa anda semua di lokasi seterusnya.