24 April 2024, Putrajaya - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menjunjung kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas limpah perkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri KPN.
Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang, barisan menteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Kehadiran Baginda dan pemimpin tertinggi negara ini adalah sebagai tanda sokongan terhadap Kementerian Perpaduan Negara dalam usaha memartabatkan agenda perpaduan di negara ini.