29 April 2024, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Cadangan Projek Penyelidikan Kajian Indeks Perpaduan Nasional Ketiga (IPNas) Ke-3 Tahun 2024.
Turut hadir bersama YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, Universiti Malaya, YBhg. Prof Madya Dr. Lucy Sebli, Universiti Malaysia Sarawak dan YBhg. Dr Novel Anak Lyndon, Universiti Kebangsaan Malaysia.