12 Oktober 2024, Putrajaya - YBhg Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2024.
Majlis Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan. Dalam ucapan beliau, turut dimaklumkan bahawa bilangan sukan pada tahun ini telah meningkat ke 103 berbanding 51 pada tahun lalu. Ini merupakan usaha yang baik dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk bersukan.
