18 Januari 2023,Negeri Sembilan - Lawatan Kerja Rasmi Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang ke Negeri Sembilan diteruskan deng n lawatan tapak ke Muzium Lukut, Port Dickson. Terdapat dua buah muzium yang ditadbir oleh Jabatan Muzium Malaysia di N.Sembilan iaitu Muzium Lukut dan juga Muzium Adat. Konsep Masyarakat MADANI sememangnya selari dengan peranan dan fungsi yang dimainkan oleh muzium iaitu sebagai pusat “melting pot of cultures” khususnya bagi sebuah negara berbilang adat dan budaya.