26 Januari 2023, Labuan - Sesi lawatan kerja YB Datuk Aaron Ago Dagang ke W.P. Labuan dimulakan dengan menghadiri Program Sembang Perpaduan bersama warga Kementerian dan agensi wilayah ini bertempat di Perbadanan Labuan. Turut hadir, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Datuk Kamarul Baharin A.Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia dan YBrs. Puan Salasiah Abdul Wahab, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.
YB Menteri turut berkongsi berkaitan Laporan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2021 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Labuan telah direkodkan sebagai negeri paling bahagia dengan skor 9.29. Dalam hal ini, Labuan boleh dijadikan model kepada kawasan-kawasan lain dalam mengurus kesejahteraan, keharmonian dan perpaduan dalam komuniti.