02 Februari 2023, Putrajaya - Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang telah mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet bersama Pengurusan Tertinggi KPN dan agensi-agensi yang hadir.
Dalam mesyuarat ini, YB Datuk Aaron memberi penekanan terhadap program-program yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi menyemarakkan lagi kecintaan rakyat Malaysia terhadap keharmonian dan perpaduan.