3 Februari 2023, Johor - Menteri Perpaduan Negara telah menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Anak Borneo di Restoran Adam's Kitchen Taman Daya , Johor Bahru.
Majlis malam ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada NGO yang merupakan anak jati Sabah dan Sarawak di sekitar negeri Johor. Dalam majlis makan malam yang diadakan ini, YB Datuk Aaron sempat mengingatkan agar anak borneo terus memelihara tradisi dan budaya mereka serta mengukuhkan lagi jalinan persaudaraan antara satu sama lain.