8 Februari 2023, Putrajaya - Hari ini, Kementerian Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun ke Pejabat Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang. Perbincangan yang berlangsung dalam suasana yang cukup menggembirakan itu meliputi perkara-perkara yang melibatkan hal ehwal kedua-dua negara khususnya berkaitan pemantapan integrasi nasional, warisan negeri serta kerjasama untuk program “Unity in Diversity”.
Semoga hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun ini dapat membentuk kerjasama strategik yang berkesan untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan memelihara keharmonian negara. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim dan Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, YBrs. En Mohd Sobri Daud.