31 Julai 2023, Sarawak -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah hadir ke Majlis Perasmian Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang diadakan di Perkarangan Borneo Culture Museum, Sarawak. “MUZIUM, KELESTARIAN DAN KESEJAHTERAAN” adalah tema yang dipilih oleh Majlis Muzium Antarabangsa atau International Council of Museums (ICOM) sebagai tema Sambutan Hari Muzium Antarabangsa pada tahun 2023. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak. Hari Muzium Antarabangsa akan berlangsung bermula pada 31 Julai sehingga 5 Ogos 2023. Turut hadir pada Majlis tersebut ialah YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan YBrs. Encik Mohd Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha KPN.