06 September 2023, Selangor -Program 'Ini Warisan Kita' yang berlangsung pagi ini di SMK Perempuan Methodist, Klang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha KPN.Program yang bertemakan 'Melestarikan Perpaduan' ini melibatkan 12 buah sekolah sekitar Klang dan penglibatan lebih 1,700 orang pelajar pelbagai kaum.Pelaksanaan program pada hari ini adalah bagi melestarikan perpaduan dengan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan masyarakat pelbagai kaum mengenai khazanah warisan negara.Kementerian Perpaduan Negara akan memperluaskan lagi Program 'Ini Warisan Kita' ke seluruh negara termasuklah pelaksanaannya di peringkat sekolah bagi tujuan meningkatkan lagi pengetahuan, kefahaman dan penghayatan masyarakat pelbagai kaum tentang khazanah warisan negara ini.