14 September 2023, Sarawak -Majlis Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2024 bersama Pemegang Taruh KPN telah dipengerusikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara bertempat di Kuching, Sarawak.Objektif penganjuran Majlis Libat Urus Bajet 2024 di peringkat KPN ini adalah bagi mempermudahkan Pasukan Belanjawan 2024, Kementerian Kewangan (MOF) memantapkan lagi penyediaan dokumen Belanjawan 2024 agar lebih inklusif dengan mengambil kira input cadangan dan pandangan pemain industri dan pihak berkepentingan yang berkaitan secara langsung.YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha KPN turut berkongsi mengenai inisiatif Kementerian khususnya berkaitan dengan program-program yang dirancang di bawah Flagship Kembara Perpaduan yang meliputi aspek Semarak Perpaduan, Semarak Kenegaraan dan Program Komuniti RAHMAH.Majlis telah dihadiri oleh 300 orang pemegang taruh yang terdiri dari wakil-wakil pelbagai persatuan, badan korporat, NGO, pemimpin masyarakat, KRT, badan agama dan mahasiswa.