SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Media Arrow Media Collection Arrow Photo Arrow 2023 Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow foto sept 2023 Arrow Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2023

26 September 2023, Kuala Lumpur -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Pertandingan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2023 yang bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.Program ini adalah bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) melalui pertukaran idea dalam perdebatan yang sihat berdasarkan Prinsip Rukun Negara.Program yang bertemakan 'Warisan Melestarikan Perpaduan' ini melibatkan 151 pembahas dengan 38 pasukan. Penganjurannnya adalah bagi mengasah dan membentuk pemikiran mahasiswa secara holistik dari aspek pemahaman dan penerimaan terhadap kepelbagaian agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia di samping membudayakan ilmu dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa Perpaduan melalui wahana perdebatan.Pusingan Akhir telah menyaksikan Perdebatan oleh dua pasukan hebat yang diwakili oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah dinobatkan sebagai Juara Debat Perpaduan, Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2023.
Syabas kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, yang juga dinobatkan gelaran Naib Juara Debat Perpaduan, Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2023. Ucapan Tahniah dan penghargaan kepada 38 pasukan yang telah bersaing sejak 24 September hingga 26 September yang dilaksanakan menerusi dalam talian.
Semoga Pertandingan Debat Perpaduan yang menyatukan kita semua ini dapat mencapai matlamat untuk membina tapak integrasi di varsiti serta mengukuhkan penyatupaduan mahasiswa dan masyarakat berbilang bangsa seiring dengan konsep ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’
LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In