10 Oktober 2023,Putrajaya-YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Antara Jabatan Muzium Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sempena Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM).Program IPIM merupakan satu program yang dirangka menerusi gabungan pendidikan formal dan tidak formal (pendidikan muzium) dengan menggunakan pendekatan ‘hands on’ terhadap artifak muzium sebagai sokongan. Penganjuran IPIM kali ini merupakan kali ke dua dengan pembabitan kira-kira 44 muzium di seluruh Malaysia.Program ini juga merupakan satu program yang dirangka menerusi gabungan pendidikan formal dan tidak formal (pendidikan muzium) dengan menggunakan pendekatan ‘hands on’ terhadap artifak muzium sebagai sokongan.Turut hadir menyaksikan Majlis ini adalah YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia.