15 Oktober 2023,Kuala Lumpur-Karnival UNITI Pestabola Merdeka 2023 yang diadakan sejak 13 Oktober lalu bukan sahaja bertujuan menyatupadukan masyarakat tetapi juga sebagai usaha untuk terus memperingati sejarah bola sepak Malaysia dengan cara yang bermakna, iaitu dengan mengadakan Ziarah Kasih.Ziarah Kasih merupakan salah satu aspek utama bagi menghargai legenda-legenda bola sepak negara, mengenang jasa-jasa mereka, dan mengetahui lebih lanjut mengenai sumbangan mereka.Sebentar tadi, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPN bersama-sama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia berpeluang untuk menyantuni dan menziarahi serta memberikan sumbangan kepada lagenda bola sepak negara iaitu Tuan Khalid Ali. Kunjungan mereka disambut oleh Atlet itu sendiri dan sempat bertukar cerita mengenai sejarah beliau serta pentingnya perpaduan yang dipupuk melalui sukan ini.Ziarah Kasih Tahun 2023 ini menyasarkan 3 buah individu lagenda negara iaitu Tuan Khalid Ali, Tuan P.Darmalinggan dan Tuan Puspanathan.