13 Oktober 2023,Kuala Lumpur-Kementerian Perpaduan Negara telah menganjurkan Program Suai Kenal Felo Perdana bersama YB Datuk Aaron Ago Anak Dagang, Menteri Perpaduan Negara.Program berbentuk mentoring dan 'internship' ini bermula sejak tahun 2013 membolehkan Felo mendapat bimbingan dan menimba pengalaman berkhidmat secara terus daripada Ahli Jemaah Menteri khususnya di Kementerian masing-masing.Program ini jua bermatlamat untuk melahirkan golongan belia yang dinamik, berdaya saing, mempunyai pengetahuan yang relevan berkaitan sistem pentadbiran negara selaras dengan aspirasi di bawah kerangka Malaysia MADANI.