4 November 2023, Kuala Lumpur - YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri berkesempatan berkunjung ke Pameran Galeri UNITI dan Rumah KAMI yang dikelolakan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sempena Majlis Peluncuran Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK2023) di Dataran Putrajaya.
Bulan November diisytihar sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan didedikasikan bagi memupuk hubungan kekeluargaan dan kasih sayang.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kerana telah memberi ruang kepada KPN untuk mengadakan pameran.