5 November 2023, Kota Setar - YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara meneruskan lawatan kerja beliau pada hari ini ke Tabika Perpaduan Mutiara, Kota Setar.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat kerosakan dan keperluan pembaikan tabika ini. Keselesaan dan keselamatan murid-murid di Tabika Perpaduan merupakan antara faktor yang dipandang serius oleh Kementerian Perpaduan Negara untuk memastikan sesi persekitran pembelajaran mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat dan berjalan dengan lancar.