11 November 2023 - YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan Malam Warisan Budaya Bangsa - Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2023 Petra Jaya.
Majlis yang berlangsung dalam suasana yang harmoni dan meriah itu adalah untuk meraikan 95 sukarelawan siswa yang berada di Sarawak selama 14 hari bagi menyelesaikan misi sukarelawan di lokasi yang telah ditetapkan.