14 November 2023, Perlis - Hari ini, telah berlangsung Program Chit Chat Belia MADANI yang dilaksanakan di Universiti Malaysia Perlis. Kementerian Perpaduan Negara telah mengambil langkah proaktif dalam mempertingkat penglibatan belia melalui inisiatif Kembara Perpaduan @ Kampus.
Program Chit Chat Belia "Belia MADANI Melestarikan Perpaduan" ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.