18 November 2023, Putrajaya - Liga Sukan UNITI ini mendapat kerjasama strategik daripada pelbagai pihak antaranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM), Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyerahkan sijil Rakan Strategik kepada para rakan-rakan strategik perpaduan yang bersama-sama menjayakan agenda perpaduan nasional dengan pelaksanaan Perlawanan Liga Sukan UNITI bagi Tahun 2023 ini.