3 Disember 2023, Cyberjaya - YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan 'Flag Off' larian Festival Arena Unity, Fun Run 5km di Persiaran Flora, Cyberjaya.
Program larian yang melibatkan 7969 peserta ini merupakan anjuran bersama Yayasan Sukarelawan Siswa dan JOMRUN menerusi inisiatif Geran Padanan Sukan (GPS), Kementerian Perpaduan Negara.
Program ini dilihat sebagai langkah praktikal untuk menyemai Perpaduan melalui aktiviti yang menyeronokkan dan dapat dihayati oleh semua peserta larian.
Ia turut mewujudkan perasan harmoni dalam kalangan peserta dan menggalakkan gaya hidup sihat melalui kegiatan riadah dan sukan.