17 Februari 2025, Kuala Lumpur - Majlis Memperingati Yang Teramat Mulia (YTM) Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah diadakan hari ini sebagai apresiasi terhadap pengorbanan, jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia.Majlis telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bertempat di Memorial Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Penganjuran program ini adalah selaras dalam usaha menyebarluaskan maklumat sejarah dan legasi ketokohan YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang telah banyak memberi sumbangan dalam perjuangan kemerdekaan penubuhan Malaysia, membangunkan ekonomi negara, serta membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.