SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Media Arrow Media Collection Arrow Photo Arrow 2025 Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow foto jun 2024
UKK08923

30 Jun 2024, Perak - Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Negeri Perak secara rasminya telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan di Dataran Ipoh.

Turut hadir, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara,YB Tuan Sivanesan a/l Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Negeri Perak, YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.

UKK08314

30 Jun 2024, Perak - Program Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Negeri Perak telah diadakan pada 30 Jun 2024 (Ahad) bertempat di Dataran Ipoh, Ipoh Perak. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan pada sebelah pagi sempena program ini. Antaranya Unity Fun Run, Sukan Kanak-kanak Tabika Perpaduan, Pameran Rumah KAMI, Jualan KRT dan Jualan Rahmah.

Aktiviti-aktiviti ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Sivanesan a/l Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Negeri Perak. Turut hadir dalam program pagi ini adalah YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha KPN dan Encik Mansor bin Mohd Hashim, Pengarah JPNIN Negeri Perak.

449393341 908315334666428 6979709826630438837 N

30 Jun 2024, Perlis - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menjunjung kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Fai-zuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul

Shahreen Akashah Khalil bercemar duli dalam Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perlis di Laman Brasmana, Kuala Perlis, hari ini.

Bertemakan Perpaduan Dalam Kepelbagaian, Sambutan Minggu Perpaduan diadakan dengan objektif untuk mengukuhkan semangat patriotisme, nilai perpaduan, dan hubungan antara kaum sejajar dengan gagasan Malaysia MADANI. Pada tahun ini, Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) dianjurkan secara

tiga (3) peringkat iaitu Jelajah Kembara Perpaduan, Sambutan Minggu Perpaduan

dan Karnival Perpaduan dengan pelbagai pengisian menarik yang menonjolkan

seni, warisan, adat dan budaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa.

449313255 908369804660981 1888392997140904644 N

30 Jun 2024, Perlis - Kayuhan Kembara Perpaduan Sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perlis Bersama MAIP's Peduli Pasukan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Fai-zuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertempat di sekitar Kuala Perlis.

Turut disampaikan, bantuan serta sumbangan Bakul Rahmah kepada beberapa penerima pada Kembara Ziarah Perpaduan ini

Turut hadir, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan, Agensi, dan Warga KRT.

449288204 908060044691957 4828386238923791541 N

30 Jun 2024, Perlis - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara bersama

YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan "Flag Off" Larian Perpaduan Skuad Uniti sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Negeri Perlis.

Aturcara program ini dimulakan dengan aktiviti Senamrobik dan disusuli dengan sesi

pelepasan para peserta larian Perpaduan yang melibatkan penyertaan seramai 1000

orang peserta.

Turut hadir, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In