30 Jun 2024, Perlis - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara bersama
YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan "Flag Off" Larian Perpaduan Skuad Uniti sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Negeri Perlis.
Aturcara program ini dimulakan dengan aktiviti Senamrobik dan disusuli dengan sesi
pelepasan para peserta larian Perpaduan yang melibatkan penyertaan seramai 1000
orang peserta.
Turut hadir, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.