SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Media Arrow Media Collection Arrow Photo Arrow 2026 Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow foto mei 2026 Arrow Malam Mantar Gawai Dayak Bahagian Sibu 2026

23 Mei 2026, Sarawak - Upacara Miring mempunyai potensi besar untuk diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara di peringkat kebangsaan dan seterusnya dipertimbangkan di bawah UNESCO. Perkara tersebut dicadangkan oleh YB Dato Sri Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara semasa menyempurnakan Malam Mantar Gawai Dayak Bahagian Sibu 2026 di sini.

YB Dato Sri Aaron Ago Dagang dalam ucapannya berkata, “Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara perlu mewartakan upacara ini sebagai Warisan Kebangsaan terlebih dahulu agar ia dapat didokumentasikan, dipelihara dan  dipromosikan secara lebih menyeluruh”.

Upacara Miring adalah antara elemen yang amat signifikan dalam adat masyarakat Dayak dan masih diamalkan sehingga ke hari ini khususnya dalam sambutan Hari Gawai. Upacara ini merupakan ritual tradisi yang sarat dengan nilai spiritual, kesyukuran, penghormatan kepada alam serta permohonan kesejahteraan menurut kepercayaan masyarakat Dayak.

“Selain itu, usaha pemeliharaan budaya Dayak telah pun menunjukkan kejayaan apabila tarian Ngajat diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan  pada tahun 2007, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan dalam memartabatkan budaya masyarakat pribumi sebagai sebahagian daripada identiti nasional”, tambah beliau.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In