3 Disember 2021 – AJK KRT Seri Perigi, Yan, Kedah telah menganjurkan program Uniti Kekal Aktif: Berjalan Kaki Untuk Sihat dalam merealisasikan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Aktiviti berjalan kaki merupakan aktiviti kesihatan yang bersesuaian dengan semua lapisan umur. Aktiviti ini juga mudah dilaksanakan dimana-mana kawasan. Lebih menarik lagi apabila aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan dan laluan pejalan kaki mempunyai pemandangan yang menarik.
Program ini diadakan bagi memastikan masyarakat KRT Seri Perigi kekal aktif dengan mengamalkan gaya hidup sihat disamping mengeratkan perpaduan antara penduduk.