8 April 2022,Perlis - Perlis telah dipilih menjadi negeri pertama bagi program kongsi berkat bubur lambuk sumbangan daripada Pengeluar Beras Era Foods MY dan Syarikat Media Mulia Sdn.Bhd.
30 paket beras jenis Era Nagasari Super Spesial Tempatan dengan berat lebih 10kg telah disumbangkan kepada KRT Kampung Tengah untuk memasak bubur lambuk sempena Ramadan.
Istimewanya, bubur lambuk ini dimasak bersama dengan udang lipan yang mudah diperoleh di perkampungan nelayan itu.
Dikenali sebagai kanji udang lipan di utara, bubur kanji udang lipan ini adalah resepi tradisi penduduk Kuala Perlis yang bahan utamanya adalah udang lipan.
Sekitar jam 2 tengahari bubur lambuk sudah mula dimasak untuk diedarkan kepada penduduk setempat di Dewan Orang Ramai, Kampung Tengah, Kuala Perlis kelmarin.