13 Ogos 2023, Putrajaya -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah melancarkan Pusat Tuisyen KAMI di KRT Taman Sri Serdang, Petaling, Selangor. Program ini adalah untuk membantu menyediakan pendidikan tambahan percuma kepada pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan, membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka, memenuhi tanggungjawab sosial Kementerian kepada Masyarakat dan merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk ‘Memperkasa Rakyat’ melalui pendidikan berkualiti.
KRT Taman Sri Serdang terpilih sebagai perintis kepada Program Tuisyen KAMI. Kecemerlangan KRT ini dalam program-program yang berimpak tinggi kepada komuniti setempat di Negeri Selangor. Perpustakaan Negara Malaysia juga telah menyumbangkan 500 buah buku dan seterusnya melancarkan Unity Library di KRT Taman Sri Serdang.