17 Ogos 2023, Kuala Lumpur -Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Program Eksplorasi Merdeka@Muzium yang diadakan di Muzium Negara.
Muzium merupakan salah satu lokasi peninggalan sejarah yang sewajarnya dikunjungi oleh setiap lapisan masyarakat. Program Eksporasi Merdeka@Muzium ini adalah bagi membuka peluang kepada generasi muda terutama di peringkat sekolah rendah dan menengah untuk meneroka dengan lebih dekat mengenai sejarah, tokoh-tokoh serta melihat monumen dan artifak yang dipamerkan.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan. Turut hadir pada majlis perasmian iaitu YBrs. Encik Mohd Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.