09 September 2023, Sabah -Program 'Ini Warisan Kita' - Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah yang bermula pada 1 hingga 18 September 2023. Misi ini dilaksanakan menerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dengan penglibatan 94 mahasiswa Sukarelawan Siswa dan enam (6) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Negeri Sabah.
Program yang diadakan adalah untuk memupuk semangat kesukarelawanan dalam komuniti setempat supaya mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti seperti membantu komuniti yang memerlukan, dan menyumbang kepada usaha amal sekaligus menjadi teras kepada pengukuhan integrasi nasional.
YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sempat berkunjung ke KRT Limbuak, Pulau Banggi, Kudat untuk memantau sendiri aktiviti sukarelawan siswa bersama komuniti setempat. Beliau turut berkesempatan meninjau salah satu bangunan SK Limbuak yang telah rosak dan memerlukan pembaikan semula untuk digunakan oleh KRT dan pelajar sekolah bagi sesi pembelajaran. Pada masa yang sama, YBhg. Dato' Indera turut menyampaikan sumbangan RT Cares yang berbentuk keperluan asas kepada 60 penerima yang terdiri daripada 3 KRT sekitarnya.
Menerusi Program 'Ini Warisan Kita' : Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah ini, YBhg. Dato' Indera berharap supaya program yang diadakan ini dapat meningkatkan kefahaman para pelajar mengenai adat resam dan cara hidup masyarakat tempatan melalui aktiviti kesukarelawanan.