SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2023 Arrow Galeri Foto Arrow foto sept 2023 Arrow Program 'Ini Warisan Kita' - Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah

09 September 2023, Sabah -Program 'Ini Warisan Kita' - Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah yang bermula pada 1 hingga 18 September 2023. Misi ini dilaksanakan menerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dengan penglibatan 94 mahasiswa Sukarelawan Siswa dan enam (6) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Negeri Sabah.

Misi kali ini memfokuskan enam (6) pilar kesukarelawanan yang merangkumi perpaduan, pemerkasaan ekonomi, penambahbaikan pendidikan danpembangunan kapasiti, kelestarian alam sekitar, program kesihatan, tranformasi digital dan mobilisasi impak sosial dalam membangunkan komuniti KRT.
Program yang diadakan adalah untuk memupuk semangat kesukarelawanan dalam komuniti setempat supaya mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti seperti membantu komuniti yang memerlukan, dan menyumbang kepada usaha amal sekaligus menjadi teras kepada pengukuhan integrasi nasional.
YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sempat berkunjung ke KRT Limbuak, Pulau Banggi, Kudat untuk memantau sendiri aktiviti sukarelawan siswa bersama komuniti setempat. Beliau turut berkesempatan meninjau salah satu bangunan SK Limbuak yang telah rosak dan memerlukan pembaikan semula untuk digunakan oleh KRT dan pelajar sekolah bagi sesi pembelajaran. Pada masa yang sama, YBhg. Dato' Indera turut menyampaikan sumbangan RT Cares yang berbentuk keperluan asas kepada 60 penerima yang terdiri daripada 3 KRT sekitarnya.
Menerusi Program 'Ini Warisan Kita' : Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah ini, YBhg. Dato' Indera berharap supaya program yang diadakan ini dapat meningkatkan kefahaman para pelajar mengenai adat resam dan cara hidup masyarakat tempatan melalui aktiviti kesukarelawanan.
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet