29 Disember 2024, Melaka - Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK Malaysia) melalui MAKSAK Melaka dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara telah menganjurkan Majlis Penutup Festival Anak Seni MAKSAK (FASIM) Tahun 2024 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara bertempat di Panggung Bangsawan Melaka, Melaka.
FASIM Tahun 2024 diadakan bertujuan untuk mengetengahkam bakat-bakat seni dalam kalangan ahli yang terdiri daripada kakitangan kerajaan di samping mempromosikan tradisi serta budaya pelbagai etnik di Malaysia. Program yang telah berlangsung selama tiga hari ini mempertandingkan tiga acara utama iaitu Nyanyian Lagu Asli, Tarian Rampain dan Battle of The Bands dengan penyertaan hampir 700 orang peserta.