3 Januari 2025, Putrajaya - Pada pagi ini, warga Kementerian Perpaduan Negara telah berhimpun di Dewan Serbaguna, Kompleks F, Putrajaya bagi mengikuti secara dalam talian (live streaming) untuk mendengar Amanat Tahun Baharu 2025 yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara, Pengurusan Tertinggi Kementerian, Jabatan dan Agensi.