18 November 2021 - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, telah bekerjasama mengadakan satu sesi ceramah 'Kesedaran Jenayah Komersil Kesejahteraan Komuniti'.
Ceramah ini adalah bersempena dengan Kempen Pencegahan Jenayah Komersil dan telah dilaksanakan di Tabika Perpaduan Apartment 14-7, Presint 14 Putrajaya. Ceramah disampaikan oleh Insp. Dominic Ngalang Anak Ngabong, Pegawai Risikan Dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJKD) IPD Putrajaya.
Para hadirin yang terdiri daripada kakitangan serta guru dan penolong guru JPNIN WP Putrajaya serta ibu bapa kanak-kanak Tabika Perpaduan, telah dikongsikan dengan informasi berkenaan kaedah penipuan oleh ‘scammer’ dan cara untuk mengenalpasti dan mengelakkan diri daripada terpedaya.
Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua dalam usaha membendung jenayah dalam talian yang semakin berleluasa.