3 Ogos 2023, Putrajaya -Warga Kementerian Perpaduan Negara dengan meriahnya telah mengibarkan Jalur Gemilang bersama-sama warga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dalam Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Kementerian Perpaduan Negara. Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar rukun negara sebelum seluruh warga KPN, SPP dan SPA bersama-sama menyanyikan lagu-lagu kemerdekaan dengan penuh semangat dan meriah sekaligus mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa hormat dan bangga. YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dan YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha KPN telah menyempurnakan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang sekaligus menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pengurusan Tertinggi Kementerian, Jabatan dan juga Agensi sebelum memasang Jalur Gemilang pada kenderaan Jabatan.