SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2026 Arrow Galeri Foto Arrow foto julai 2026
WhatsApp Image 2026 07 07 At 024329 3

6 Julai 2026, Pulau Pinang - Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah menganjurkan Pesta Buku ASEAN dan Festival Kaligrafi Perpaduan 2026. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Penganjuran Pesta Buku ASEAN dan Festival Kaligrafi Perpaduan 2026 ini merupakan satu inisiatif berimpak tinggi yang bukan sahaja meraikan budaya membaca dan industri perbukuan malah turut mengangkat seni tulisan sebagai warisan ketamadunan, lambang identiti dan medium penyatuan masyarakat.

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dalam ucapan aluannya menegaskan bahawa penganjuran pesta buku pada hari ini amat bertepatan sebagai satu platform memperluaskan akses masyarakat kepada bahan bacaan berkualiti, menyemarakkan budaya ilmu, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat, serta merancakkan industri buku tempatan.

WhatsApp Image 2026 07 02 At 154652 1

2 Julai 2026, Pulau Pinang - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Arkib Negara Malaysia telah menganjurkan Program Minggu Kenangan P. Ramlee 2026 bertemakan “Sepanjang Riwayatku” serta Sambutan 100 Tahun Rumah Kelahiran P. Ramlee. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Majlis ini diadakan sebagai satu pengiktirafan dan penghormatan negara terhadap sumbangan besar Seniman Agung yang telah banyak berjasa dalam membentuk identiti filem dan muzik tanah air. Sepanjang hayatnya, Tan Sri P. Ramlee telah menghasilkan karya-karya segar yang bukan sahaja mencorakkan landskap seni tanah air, malah mengangkat nilai kemanusiaan dan perpaduan.

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dalam ucapan aluannya berkata ‘Penganjuran program ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan dalam memelihara warisan seni negara. Pengisian program ini turut mendidik generasi muda agar terus menghargai sejarah, memperkukuh jati diri nasional serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam membina negara bangsa’.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet