SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2022 Arrow Galeri Foto Arrow foto mac 2026
WhatsApp Image 2026 03 31 At 141359 1

31 Mac 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dan YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi telah mengadakan sesi pertemuan bersama Tuan Eddin Khoo, Mantan Pengerusi Pasukan Petugas Unified Examination Certificate (UEC).

Pertemuan strategik ini bertujuan untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa dalam sektor pendidikan negara, khususnya berkaitan UEC.

Pendekatan holistik ini selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia serta komitmen Kementerian Perpaduan Negara dalam membina sebuah masyarakat yang bersatu padu, progresif dan berdaya tahan demi masa depan generasi akan datang.

WhatsApp Image 2026 03 31 At 173222

31 Mac 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mengadakan sesi perbincangan bersama Bishop Dr.T Jeyakumar Timbalan Presiden, Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism dan Taoism (MCCBCHST).

Pertemuan telah diadakan untuk membincangkan isu semasa termasuk berkaitan rumah ibadat bukan Islam dengan fokus utama kepada kepentingan menjaga keharmonian masyarakat.

MCCBCHST menyatakan sokongan terhadap undang-undang sedia ada, sambil berharap pelaksanaan penguatkuasaan dapat dibuat secara lebih berhemah, berunding dan sensitif demi mengelakkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Sehubungan itu, dicadangkan agar diwujudkan titik imbang libat urus yang lebih diplomatik antara pihak berkuasa dan badan agama supaya setiap isu dapat ditangani secara inklusif dan terus memelihara perpaduan di peringkat nasional.

WhatsApp Image 2026 03 10 At 164204

10 Mac 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mengadakan pertemuan bersama delegasi Jabatan Penjara Malaysia yang diketuai oleh YBrs.Komisioner Penjara (KP)Rosoman bin Abu Bakar@Che Din, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Penjara bagi membincangkan cadangan pelaksanaan Program Kesopanan dan Kesusilaan: Asas Pemulihan, Asas Perpaduan yang menekankan penerapan nilai murni serta prinsip Rukun Negara dalam modul pemulihan prospek penjara.

Perbincangan ini turut membuka ruang kerjasama holistik dalam memperkukuh usaha memupuk nilai perpaduan serta menyokong proses integrasi semula penghuni penjara ke dalam masyarakat.

WhatsApp Image 2026 03 12 At 132136 1

12 Mac 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Sambutan Hari Wanita Peringkat Kementerian Perpaduan Negara.

Objektif penganjuran Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Kementerian Perpaduan Negara adalah mengiktiraf peranan wanita sebagai ejen perpaduan nasional, memperkasa kepimpinan wanita dalam tadbir urus korporat dan membudayakan kesejahteraan holistik di persekitaran kerja.

Impak program sebegini dapat melahirkan tenaga kerja wanita di KPN yang bermotivasi tinggi serta diiktiraf sebagai penggerak utama perpaduan nasional, sekali gus memperkukuh semangat kekitaan merentas kaum melalui penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam tadbir urus dan integrasi sosial. Hasilnya, KPN akan memiliki modal insan wanita yang lebih komited, berdaya saing, dan kompeten dalam memacu agenda Malaysia Madani dengan penuh jati diri.

WhatsApp Image 2026 03 10 At 160211 2

10 Mac 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Balai Ikhtisas Malaysia (BIM) yang diketuai oleh Presidennya, YBhg. Prof. ChM Dr. Juan Joon Ching.

Pertemuan ini menjadi platform penting untuk bertukar pandangan mengenai peranan badan profesional dalam menyokong pembangunan negara, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan dan komuniti profesional.

Dalam konteks perpaduan nasional, penglibatan badan profesional amat signifikan dalam memupuk nilai kebersamaan, memperluas jaringan kerjasama serta menyokong agenda perpaduan melalui pendekatan yang inklusif dan diplomatik.

Kementerian Perpaduan Negara komited untuk terus memperkukuh sinergi dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan agenda perpaduan negara.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet