18 November 2024, Putrajaya - Majlis Perasmian Penutupan dan Sesi Penyampaian Hadiah sempena Sambutan Minggu Integriti Peringkat Kementerian Perpaduan Negara Tahun 2024 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha KPN.
Turut hadir bersama ialah YBhg. Datin Seri Roslina binti Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Perpaduan Negara dan YBrs. Puan Norihan binti Mohamed Naim, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), KPN.
Sebagai acara kemuncak dan penutup sambutan, KPN telah menganjurkan Ceramah Integriti: Santai Tapi Sampai yang menampilkan Ustaz Idzhar bin Jumali, Pakar Motivasi dan juga Artis Nasyid terkenal dari kumpulan Nowseeheart. Program ini telah berlangsung dengan penuh inspirasi dan berjaya memukau para peserta dengan konsep ceramah kreatif melalui aktiviti muzik angklung yang bertajuk Muzika: Motivasi Ubah Sikap.