29 Jun 2024, Perlis - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara turun padang ke persiapan Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Negeri Perlis yang akan berlangsung esok.
Pada masa yang sama, YB Menteri turut menyempurnakan cabutan nombor bertuah dan menyampaikan hadiah kepada pemenang yang dipilih dalam kalangan pengunjung yang hadir menyaksikan Malam Muzik Perpaduan.
Turut hadir, YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah
ADUN Kuala Perlis, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, serta pegawai-pegawai daripada Kementerian, Jabatan dan Agensi KPN.