8 Jun 2024, Perlis - Majlis Peluncuran KRT Kampung Changkat Lada yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.
Turut hadir, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.
Objektif program ini adalah untuk menghebahkan penubuhan KRT Kampung Changkat Lada kepada masyarakat setempat dan mengeratkan perpaduan melalui aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga.
Antara aktiviti yang diadakan adalah senamrobik komuniti, gubahan bunga, pertandingan garam belacan, pertandingan lari guna tempurung, kukur nyiur dan demontrasi masakan.