23 Jun 2024, Melaka - Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Negeri Melaka secara rasminya telah disempurnakan oleh YB Tuan Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Wakil Rasmi YAB Ketua Menteri Melaka.
Turut hadir, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.
Sambutan yang diraikan dengan tema “Perpaduan Dalam Kepelbagaian” ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat perpaduan serta menyebarluaskan pengetahuan, kefahaman, dan penghayatan masyarakat terhadap kepelbagaian adat dan budaya di Malaysia.
Kementerian Perpaduan Negara komited menyemarak semangat perpaduan, kasih sayang, kebersamaan dan saling hormat menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang etnik, agama, dan budaya.