18 Oktober 2024, Kuala Lumpur - YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2025 hari ini dengan tema "Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat", di Parlimen.
Turut serta, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan YBhg.Datuk Seri Hasnol Zam Zam bin Hj Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.