8 Februari 2025, Putrajaya - Kementerian Perpaduan Negara telah memenangi tempat pertama di Pertandingan Reruai Kementerian sempena Hari Terbuka Putrajaya 2025.
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato' TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya bertempat di pentas reruai Hari Terbuka Putrajaya 2025.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga Kementerian dan agensi yang terlibat dalam menjayakan dan memeriahkan reruai Kementerian Perpaduan Negara.