26 Februari 2025, Kuala Lumpur - Satu sesi kunjungan hormat oleh Pusat KOMAS terhadap YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah diadakan pada 26 Februari 2025 bertempat di Parlimen.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memberikan penerangan kepada YB Menteri Perpaduan Negara berhubung dengan majlis pelancaran dan penyerahan Laporan Rasisme Malaysia 2024 Yang Ke-10 kepada Kementerian Perpaduan Negara. Majlis ini akan diadakan pada 21 Mac 2024 bersempena dengan Sambutan Hari Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum peringkat antarabangsa.