6 Mac 2025, Putrajaya - Kunjungan Hormat daripada YB Dato' Azhar Bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka ke atas YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah diadakan pada hari ini.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai Sambutan Aidilfitri MADANI Tahun 2025 Peringkat Nasional dan pelaksanaan Kick-Off Sambutan Minggu Perpaduan peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di negeri Melaka. Turut hadir YBhg. Datuk Maslina binti Baki, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan).