20 Mac 2025, Putrajaya – Majlis Agihan Bubur Lambuk Kementerian Perpaduan Negara telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.
Program dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Perpaduan Negara (Kelab UNITI) ini diadakan sempena sambutan bulan Ramadan untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat, tanpa mengira bangsa.
Sebanyak 300 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada semua warga Kementerian, Jabatan & Agensi di sekitar Parcel F hari ini.